Mengenai Kami

Mama Tok Catering adalah perniagaan keluarga yang telah diasaskan oleh Wan Daud Jusoh dan Hanisah Yaacob. Mama Tok Catering telah berpengalaman dalam menjalankan perniagaan katering selama hampir 5 tahun di bawah syarikat Syaminas Enterprise.

Kami beroperasi di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan Istana Negeri Kelantan. Kami menyediakan pelbagai pakej katering menarik yang semestinya dapat menepati citarasa dan memuaskan hati pelanggan kami.

Kami menitikberatkan tentang kualiti masakan dan citarasa pelanggan kami. Kami amat mementingkan soal kebersihan dan persembahan juadah hidangan kami agar setiap juadah yang kami hidangkan bukan sahaja lazat, cantik malah sihat untuk dimakan.

Mama Tok Catering menawarkan pelbagai pakej katering pada harga yang amat berpatutan. Dengan pakej-pakej katering ini, keistimewaan air tangan Mama Tok dapat dirasai oleh pelanggan kami. Klik sini untuk memilih pakej katering yang kami tawarkan.

Mama Tok Catering berharap agar dengan perkhidmatan kami, ia dapat memastikan majlis serta program pelanggan kami akan berjalan lancar. Kami juga berharap pelanggan berpuas hati dengan setiap perkhidmatan dan masakan kami dan akan datang semula untuk menempah katering bersama kami.

No comments:

Post a Comment